TAGLINE

TAGLINE

Akta, Hak dan Tanggunjawab Syarikat



Akta Syarikat 1965 mengenai Syarikat
  •  Entiti yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya mempunyai 2 orang penaja.
  •  Ahli-ahli syarikat dihadkan kepada 50 orang sahaja.
  • Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti :- 
                · seorang manusia iaitu mempunyai namanya sendiri

                · boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah

                · mempunyai alamat yang tertentu

                · mempunyai aset atas namanya sendiri

                · tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya,

                  (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.
  • Merujuk kepada Akta Syarikat - Seksyen 122(1), Syarikat Sdn.Bhd yang baru hendaklah mempunyai 2 orang pengarah dan 2 orang pemegang saham di mana :-
                · bermastautin atau beralamat di Malaysia

                · berumur 18 tahun ke atas






Hak dan Tanggungjawab Syarikat

  • Sesebuah syarikat mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri (berasingan daripada pemiliknya dan pemegang saham). 
  • Sesebuah syarikat boleh mendakwa dan didakwa. 
  • Pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan perniagaan. Tanggungjawab pemegang saham adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja. 
  • Pemegang-pemegang saham dilindungi daripada kerugian yang melebihi daripada jumlah pemilikan saham. 
  • Perjalanan operasi syarikat adalah dibawah kawalan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 
  • Pelbagai jenis cukai mesti dibayar. 
  • Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah.