From: Mizy Bakhtiar
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Friday, 8 February 2019 9.02 AM
Subject: TUTUP SDN. BHD.
Sent: Friday, 8 February 2019 9.02 AM
Subject: TUTUP SDN. BHD.
Salam
tuan, saya mizy
sy nk minta pandangan utk tutup syarikat sdn bhd, cara yg tak
melibatkan banyak kos.
Belum setahun ditubuhkan, july ni baru cecah setahun. Nak tutup
sebab tiada bisnes, partner tak buat kerja. Sya pemegang share 100%.
mohon pertolongan
JAWAPAN:
Waalaikumussalam, En. Mizy.
Penutupan
Syarikat, iaitu secara amnya dikenali sebagai Permohonan pembatalan nama
Syarikat (Strike Off) ini boleh dimohon oleh Pengarah, Ahli dan Likuidator
Syarikat (Seksyen 550, Akta Syarikat 2016). Terdapat beberapa Syarat yang perlu
dipatuhi antaranya:
a.
Syarikat tidak berniat untuk menjalankan perniagaan
pada masa hadapan
b.
Syarikat tidak mempunyai asset atau liabiliti
c.
Syarikat tidak mempunyai hutang yang perlu
dibayar iaitu penalti dan kompaun oleh pihak SSM
d.
Syarikat tidak mempunyai hutang cukai
dengan mana-mana agensi kerajaan di Malaysia
e.
Syarikat tidak terlibat dengan mana-mana
prosiding undang-undang
f.
Syarikat itu bukan Syarikat penjamin atau anak
Syarikat lain
Syarikat hanya perlu
menyediakan Akaun Pengurusan Syarikat bermula dari tahun pertama sehingga tahun
terkini. Proses penutupan Syarikat ini kebiasaannya mengambil tempoh selama 6 hingga 12 bulan bergantung kepada
proses tertentu dan juga pihak SSM.
Sementara itu, kos pembayaran bagi pembatalan nama Syarikat
adalah didalam anggaran berjumlah RM2,000 dan jumlah ini juga bergantung kepada
penyediaan Akaun Pengurusan Syarikat.
Terima kasih.
Harap dapat membantu.
RADZI & CO.
Chartered
Accountants (M)