TAGLINE

TAGLINE

FAQ

1. Adakah minority shareholder tidak dapat melawan tindakan yang dilakukan oleh majority shareholder yang dianggap penyalahgunaan kuasa ?(60% / 40%)

Secara amnya, mereka yang mempunyai saham yang terbesar (majoriti shareholders) adalah merupakan golongan yang mencorakkan sesuatu Syarikat dengan mengunakan kuasa saham mereka. Minoriti Shareholders mempunyai hak yang sama dengan Pemegang Saham yang lain seperti hak untuk mengundi, hak untuk menghadiri Mesuarat Agung dan sebagainya. Minoriti shareholders boleh mengambil tindakan samada di dalam Mesyuarat Agung mahupun mahkamah sekiranya hak-hak mereka diketepikan mahupun telah ditindas.
Setiap Pengarah terikat dengan terma-terma Piagam Syarikat yang terkandung dalam Memorandum & Artikel Syarikat. Pengarah bertanggungjawab dalam hal urus Syarikat dan menetapkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar Syarikat. Kuasa Pengarah ini telah diberikan seperti termaktub di M&A. Kesimpulannya, minoriti shareholder juga boleh mengambil tindakan mahkamah bahawa berlakunya penindasan, penyalahgunaan kuasa dan juga melakukan penyelewengan menggunakan harta dan wang untuk kepentingan Syarikat dan sebagainya.

2. Adakah ia satu kesalahan bagi Syarikat yang ditubuhkan tidak aktif (tiada mesyuarat atau audit) lebih setahun dan bolehkah syarikat tersebut dianggap tutup?

Tidak menjadi satu kesalahan jika Syarikat tidak aktif. Walaupun Syarikat tidak aktif, Syarikat seharusnya menyerahsimpan dokumen Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan (Seksyen 165, Akta syarikat 1965 dan Seksyen 165, Akta syarikat 1965) kepada pihak SSM. Hal ini bagi mengelakkan Syarikat dan Pengarah Syarikat dikenakan kompaun. Penutupan Syarikat daripada terus beroperasi boleh dilakukan dan proses penutupan ini lebih dikenali sebagai ‘Strike Off’. Seksyen 308, Akta Syarikat 1965 menyediakan prosedur bagi syarikat dibubarkan tanpa perlu menjalankan proses formal penggulungan.

3. Bolehkah penjawat awam memegang jawatan sebagai pengarah syarikat swasta?

Dari segi Akta Syarikat 1965 tiada halangan bagi golongan kakitangan penjawat awam untuk memegang jawatan Pengarah dalam Syarikat sendiri atau Syarikat orang lain. Walaubagaimanapun dalam Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu mengenai pekerjaan luar, penjawat awam perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu. Peraturan ini juga membenarkan Penjawat awam memegang jawatan Pengarah dengan syarat: 

1) Di luar waktu pejabat
2) Tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam
3) Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam 


4. Adakah penukaran setiausaha syarikat akan mendatangkan banyak masalah kepada syarikat dan bagaimana?

Dalam isu pertukaran Setiausaha Syarikat, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat berkuasa bagi menentukan samaada ingin mengekalkan Setiausaha yang ada atau ingin melantik Setiausaha Syarikat yang baru. Pada kebiasaannya, perkara ini tidak mendatangkan apa-apa masalah sekiranya proses pertukaran ini berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan. Pemecatan Setiausaha Syarikat perlu diikuti dengan perlantikan Setiausaha Syarikat yang baru. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan:

a) Ahli Lembaga Pengarah Syarikat perlu meluluskan Resolusi Pengarah Syarikat bagi pemecatan Setiausaha Syarikat dan perlantikan Setiausaha Syarikat baru.
b) Menghantar surat pemecatan dan perlantikan jawatan kepada Setiausaha-Setiausaha Syarikat berkenaan.
c) Menyerah simpan Borang 49 (maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha) dalam tempoh sebulan.
d) Mengemaskini daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha.

Kesemua perkara diatas, biasanya akan diuruskan oleh Setiausaha Syarikat yang baru. Setiausaha Syarikat yang baru akan memastikan prosedur-prosedur ini berjalan dengan lancar. Setiausaha syarikat yang baru akan menyediakan dokumen seperti di atas dan kemudiannya:

a) Menyerahsimpan Borang 49 kepada pihak SSM.
b) Seterusnya, Setiausaha yang lama akan mengeluarkan penyata akaun (sekiranya ada) bagi hutang yang masih tertunggak.
c) Hendaklah dimaklumkan bahawa pertukaran dokumen Syarikat Puan kepada Setiausaha Syarikat yang baru hanya dapat dilakukan sekiranya hutang yang tertunggak telah dapat dijelaskan.
d) Akhir sekali, Setiausaha Syarikat yang baru akan emel/fax satu salinan Borang 49 dan ‘cover letter’ serahsimpan daripada pihak SSM kepada Setiausaha Syarikat yang lama.

5. Salah seorang pemegang saham tidak menerima 'notice' untuk mensyuarat dan mesyuarat dijalankan tanpa kehadirannya. Apakah hak pemegang tersebut dan mesyuarat berlangsung dengan cukup quorum?

Sesebuah mesyuarat itu adalah boleh dianggap tidak sah melainkan notis yang sepatutnya telah dihantar kepada setiap Ahli Syarikat yang layak untuk menghadiri dan mengundi di dalam sesebuah mesyuarat. Walaubagaimanapun, Seksyen 145 (5) Akta syarikat 1965 menjelaskan sekiranya notis mesyuarat dengan tidak sengaja tidak diberikan kepada mana-mana Ahli, mesyuarat itu tetap sah seperti yang telah dijalankan. Ini adalah kerana Seksyen 147 (1)(a) menerangkan bahawa dua orang Ahli Syarikat yang hadir telah dikira sebagai korum.