TAGLINE

TAGLINE

PENUBUHAN SYARIKAT - DOKUMEN SIMPANAN ANDA


DOKUMEN SIMPANAN ANDA



Gambar di atas merupakan dokumen yang akan anda terima apabila selesai proses penubuhan Syarikat, pihak Setiausaha Syarikat pada kebiasaanya akan menyerahkan beberapa dokumen untuk simpanan dan rujukan pihak Syarikat. Antaranya :
  • 5 salinan Memorandum dan Artikel (M & A) termasuk Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat)
  • 5 salinan Borang 44 (Pejabat Berdaftar)
  • 5 salinan Borang 49 (Maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha)
  • 5 salinan Borang 24 (Maklumat Saham, Pengagihan dan Pemegang Saham)
  • Resolusi pembukaan Akaun Semasa Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)

Kesemua salinan dokumen tersebut akan ditandatangi dan disahkan (Certified True Copy) oleh Setiausaha Syarikat.

Sementara itu, pihak Setiausaha Syarikat akan menyimpan sebahagian dokumen anda bagi membolehkan Setiausaha Syarikat mengemaskini maklumat syarikat. Antaranya :
  • Buku Minit
  • Daftar Ahli/Pemegang Syer
  • Daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha
  • Common seal
  • Buku sijil