Ø Terdapat 3
jenis Pengarah, iaitu :-
·
Pengarah Urusan – Managing Director
·
Pengarah Bayangan – Shadow Director
·
Pengarah Eksekutif atau Bukan Eksekutif – Executive
or Non-Executive Director
·
Pengarah Bersekutu
·
Pengarah Gilir atau Ganti
1)
Pengarah Urusan
– Managing Director
- Pengarah Urusan (MD) merupakan Pengarah yang
memiliki kuasa yang luas bagi menentukan operasi dan pelaksanaan Syarikat.
Artikel Syarikat seperti menurut Jadual A memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah
untuk melantik atau lebih dari kalangan mereka sendiri untuk menjadi Pengarah
Urusan (MD) pada satu masa tertentu.
Pengarah Urusan (MD) boleh juga dilantik melalui Resolusi Mesyuarat Am
ataupun seperti termaktub dalam Artikel Syarikat.
2)
Pengarah
Bayangan – Shadow Director
- Menurut Seksyen 4 Akta Syarikat 1965,
Pengarah Bayangan (SD) merupakan orang yang memainkan peranan yang penting di
dalam syarikat. Beliau tidak menjawat jawatan Pengarah dalam Syarikat tetapi
‘Pengarah Bayangan’ merupakan orang yang memberikan segala arahan dan rancangan
yang akan dilakukan oleh Pengarah Syarikat.
3)
Pengarah Eksekutif
atau Bukan Eksekutif – Executive or Non-Executive
- Seorang Pengarah Eksekutif biasanya
dilantik daripada kalangan pengarah-pengarah dan memegang jawatan bergaji
dengan syarikat. Sesetengah syarikat melantik kakitangan eksekutifnya daripada
kumpulan pengurusan atasan menjadi pengarah, di samping menjawat jawatan
Pengarah Eksekutif.
- Pengarah Bukan Eksekutif pula biasanya
tidak terlibat dengan urusan harian syarikat, tetapi beliau bertanggungjawab
bersam-sama dengan pengarah-pengarah lain dalam merangka dan melaksanakan
polisi syarikat. Pengarah Bukan Eksekutif mempunyai hak dan menanggung
liabiliti yang sama seperti pengarah-pengarah lain walaupun tidak memegang
jawatan bergaji dan tidak terlibat dalam urusan harian syarikat.
4) Pengarah Bersekutu
- Biasanya pengarah bersekutu dipilih daripada kalangan eksekutif dalam kumpulan pengurusan atasan. Pemilihan seseorang menjadi pengarah bersekutu bertujuan untuk bertindak sebagai pelapis kepada pengarah-pengarah yang ada dan dilatih sebagai persediaan menganggotai lembaga pengarah di masa hadapan. Status pengarah bersekutu dijelaskan oleh perkara 94 Jadual A seperti yang berikut:
"Pengarah-pengarah boleh dari semasa ke semasa melantik mana-mana orang menjadi pengarah bersekutu dan boleh dari semasa ke semasa membatalkan perlantikan berkenaan. Pengarah-pengarah boleh menetapkan, menentukan dan mengubah kuasa-kuasa, kewajipan dan saraan mana-mana orang yang dilantik itu, tetapi seseorang yang dilantik itu tidak boleh dikehendaki untuk memegang apa-apa syer untuk melayakkannya untuk dilantik atau mempunyai apa-apa hak untuk hadir dan mengundi pada mana-mana mesyuarat pengarah-pengarah melainkan jika dijemput dan dengan kebenaran pengarah-pengarah."
5) Pengarah Gilir atau Ganti
- Pengarah gilir atau ganti hanya boleh dilantik jika terdapat kuasa untuk berbuat demikian dalam Perkara-perkara Persatuan Syarikat. Perkara 82, Jadual A memberi kuasa kepada mana-mana pengarah dengan kelulusan pengarah-pengarah lain, untuk melantik mana-mana orang sebagai pengarah gilir atau ganti untuk bertindak atas kedudukannya dalam tempoh yang difikirkannya patut.
- Memandangkan pengarah gilir atau ganti termasuk dalam definisi seksyen 4 maka ianya bertanggungan secara sendiri ke atas semua tindakannya dan tertakluk kepada obligasi statutori sebagai seorang pengarah. Butir-butir diri dan jawatannya perlu dimasukkan dalam Daftar Anggota-anggota, Penyata Tahunan dan Borang 49, dan difailkan kepada Pendaftar Syarikat. Pengarah gilir atau ganti juga perlu membuat perakuan berkanun dalam Borang 48A sebelum perlantikannya. Biasanya Pengarah Gilir atau Ganti tidak layak untuk menuntut apa-apa ‘fee’ daripada syarikat kerana ia merupakan perkiraan persendirian antaranya dengan pengarah yang melantiknya sebagai ganti atau gilir. Satu borang perlantikan yang ditandatangani oleh pengarah yang melantiknya perlu dibentangkan pada Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kelulusan pengarah-pengarah yang lain. Begitu juga dalam membatalkan perlantikannya, prosedur yang sama perlu diikuti.