TAGLINE

TAGLINE

Monday, April 15, 2019


From: Mizy Bakhtiar
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent:
Friday, 8 February 2019 9.02 AM
Subject: TUTUP SDN. BHD.



Salam tuan, saya mizy

sy nk minta pandangan utk tutup syarikat sdn bhd, cara yg tak melibatkan banyak kos.

Belum setahun ditubuhkan, july ni baru cecah setahun. Nak tutup sebab tiada bisnes, partner tak buat kerja. Sya pemegang share 100%.

mohon pertolongan


JAWAPAN:

Waalaikumussalam, En. Mizy.
Penutupan Syarikat, iaitu secara amnya dikenali sebagai Permohonan pembatalan nama Syarikat (Strike Off) ini boleh dimohon oleh Pengarah, Ahli dan Likuidator Syarikat (Seksyen 550, Akta Syarikat 2016). Terdapat beberapa Syarat yang perlu dipatuhi antaranya:
a.       Syarikat tidak berniat untuk menjalankan perniagaan pada masa hadapan
b.      Syarikat tidak mempunyai asset atau liabiliti
c.       Syarikat tidak mempunyai hutang yang perlu dibayar iaitu penalti dan kompaun oleh pihak SSM
d.      Syarikat tidak mempunyai hutang cukai dengan mana-mana agensi kerajaan di Malaysia
e.       Syarikat tidak terlibat dengan mana-mana prosiding undang-undang
f.        Syarikat itu bukan Syarikat penjamin atau anak Syarikat lain
Syarikat hanya perlu menyediakan Akaun Pengurusan Syarikat bermula dari tahun pertama sehingga tahun terkini. Proses penutupan Syarikat ini kebiasaannya mengambil tempoh selama 6 hingga 12 bulan bergantung kepada proses tertentu dan juga pihak SSM.
Sementara itu, kos pembayaran bagi pembatalan nama Syarikat adalah didalam anggaran berjumlah RM2,000 dan jumlah ini juga bergantung kepada penyediaan Akaun Pengurusan Syarikat.
Terima kasih. 

Harap dapat membantu.
RADZI & CO.
Chartered Accountants (M)