TAGLINE

TAGLINE

Thursday, January 29, 2015

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) MEMPEROLEHI SABITAN TERHADAP SYARIKAT DAN PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT WARAMAS SUPPLY & SERVICES SDN. BHD.(850236-V) BAGI KESALAHAN KETIDAKPATUHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

ISNIN, 19 JANUARI 2015 - Syarikat dan pengarah-pengarah syarikat Waramas Supply & Services Sdn. Bhd. iaitu Wan Ahmad Saufi Wan Abdul Razak dan Wan Ahmad Muhaimin Wan Abdul Razak telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Kemaman pada hari ini bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965 bagi tahun takwim 2010, 2011 & 2012.
Hakim Mahkamah Kemaman, Puan Rofiah Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman denda seperti berikut:
Bil.Nama Pengarah / SyarikatHukuman
1.Wan Ahmad Saufi Wan Abdul Razak
S.165(4) –
• denda RM1,000.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan
2.Wan Ahmad Muhaimin Wan Abdul RazakS.165(4) –
• denda RM1,000.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan
3.Waramas Supply & Services Sdn. Bhd.S.165(4) –
• denda RM1,000.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan
Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Encik Mohd Fauzi Bin Awang manakala syarikat dan pengarah-pengarah syarikat diwakili oleh wakil syarikat.
Sewaktu mitigasi hukuman, wakil syarikat telah merayu kepada Mahkamah agar syarikat dan pengarah-pengarah syarikat dikenakan hukuman denda yang minimum kerana  faktor-faktor seperti syarikat sedang berusaha untuk menyerahsimpan Penyata Tahunan bagi tahun yang dituduh walaupun melewati tempoh diberikan.






DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH  : 19 JANUARI 2015