TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 25, 2015

PENGARAH PUNCAK DINASTI SDN BHD DIDAKWA MENGIKUT SEKSYEN 364(2) AKTA SYARIKAT 1965 KERANA MEMBUAT PENYATAAN PALSU KEPADA PENDAFTAR SYARIKAT (‘SSM’)

Khamis, 2 April 2015: Seorang pengarah syarikat Puncak Dinasti Sdn Bhd warganegara Singapura, Seeni Mohamed A/L Mohamed Eusoff, 74 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana dikatakan telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 (‘AS 1965’).
Pertuduhan yang dikenakan terhadap Seeni Mohamed adalah berkaitan dengan perbuatan membuat penyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat (‘SSM’) melalui serahsimpan Borang 24, iaitu mengumpukkan 500,000 unit saham biasa syarikat tersebut kepada dirinya sendiri tanpa sebarang bayaran dibuat ke dalam akaun syarikat.
Kesalahan di bawah seksyen 364(2) AS 1965 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh 10 tahun atau denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hakim Tuan Slamat Yahya memerintahkan Seeni Mohamed diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta mengkehendaki beliau melaporkan diri di balai polis terdekat dengan tempat kediamannya pada setiap satu haribulan. Kes akan disebut semula pada 6 Mei 2015.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Mohd Zulkhairi Kamaruzaman, Faizal Mahdi Mahmud dan Mohd Iqbal Mohd Yusof, pegawai pendakwa SSM dari ibu pejabat manakala Seeni Mohamed diwakili peguam Encik M. Stanislaus Vethanayagam.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
2 APRIL 2015