TAGLINE

TAGLINE

Tuesday, March 11, 2014

SABITAN TERHADAP SYARIKAT DAN PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT SIAW TECK HWA HOLDINGS SDN. BHD.

Isnin, 03 Mac 2014: Syarikat dan pengarah-pengarah syarikat Siaw Teck Hwa Holdings Sdn. Bhd. iaitu Siaw Teck Hwa dan Lim Gen Leng telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Kemaman pada hari ini bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah Seksyen 370(1) dibaca bersama Seksyen 165(7) Akta Syarikat 1965 bagi kesalahan berterusan gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan syarikat tersebut bagi tahun 2010 dan 2011 kepada Pendaftar Syarikat selepas syarikat dan pengarah-pengarahnya dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 165(7) Akta Syarikat 1965 pada 08 Julai 2013.
Hakim Mahkamah Kemaman, Puan Rofiah Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman denda seperti berikut:
1.Siaw Teck HwaS.370(1) & 165(7) –
  • Pertuduhan pertama denda RM100.00 sehari x 32 hari = RM3200.00
  • Pertuduhan kedua denda RM100.00 sehari x 32 hari = RM3200.00
2.Lim Gen LengS.370(1) & 165(7) –
  • Pertuduhan pertama denda RM100.00 sehari x 32 hari = RM3200.00
  • Pertuduhan kedua denda RM100.00 sehari x 32 hari = RM3200.00
3.Siaw Teck Hwa Holdings Sdn. Bhd.S.370(1) & 165(7) –
  • Pertuduhan pertama denda RM100.00 sehari x 32 hari = RM3200.00
  • Pertuduhan kedua denda RM100.00 sehari x 32 hari = RM3200.00
Syarikat dan kedua-dua pengarah diwakili pegawai syarikat manakala pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) Encik Mohd Fauzi Bin Awang.
Sewaktu mitigasi hukuman, wakil syarikat dan pengarah-pengarah telah merayu kepada Mahkamah agar syarikat dan kedua-dua pengarah dikenakan hukuman denda yang minimum kerana  faktor-faktor seperti syarikat terlibat dengan banjir selain tidak lagi beroperasi dan mempunyai masalah penyimpanan dokumen syarikat serta mempunyai rekod gadaian dengan pihak bank. Oleh kerana syarikat masih gagal serahsimpan penyata-penyata tahunan tersebut, notis penalti ingkar kali kedua dikeluarkan SSM Terengganu selepas hukuman dijatuhkan bertujuan mempastikan syarikat tersebut  menyerahsimpan Penyata Tahunan 2010 & 2011 dalam tempoh 30 hari dari tarikh jatuh hukum.
Kegagalan mematuhi kehendak asas Akta Syarikat 1965 adalah satu perlanggaran undang-undang yang dipandang serius oleh SSM. Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh SSM ini diharapkan dapat memberi peringatan kepada syarikat dan pegawai-pegawai syarikat agar sentiasa mematuhi Akta Syarikat 1965.
DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) TERENGGANU
TARIKH : 03 MAC 2014