TAGLINE

TAGLINE

Monday, September 1, 2014

PENGARAH TRANSPACK ASIA MOVERS (M) SDN BHD DISABITKAN BERSALAH DI BAWAH SEKSYEN 364(2) AKTA SYARIKAT 1965

Rabu, 20 Ogos 2014 – Nasaruddin Bin Moh (‘Nasaruddin’), 45 tahun, pengarah syarikat Transpack Asia Movers (M) Sdn Bhd telah disabitkan bersalah selepas beliau membuat pengakuan bersalah bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 (‘AS 1965’) di Mahkamah Sesyen Kajang, Selangor.
Pertuduhan pertama yang dihadapi Nasaruddin adalah melibatkan perbuatan membuat pernyataan palsu berhubung dengan pindahmilik 149,500 unit saham syarikat tersebut kepada seorang lagi pengarah syarikat yang sama tanpa mendapat kebenaran daripada pemegang saham asal melalui Borang 32A.
Manakala pertuduhan kedua terhadap Nasaruddin pula melibatkan perbuatan membuat pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat (‘SSM’) melalui serahsimpan Borang 49 bertarikh 30.11.2007 berhubung dengan pengeluaran seorang pengarah di syarikat yang sama iaitu pengadu, tanpa sebarang kebenaran.
Kesalahan di bawah Seksyen 364(2) AS 1965 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM250, 000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Norhazani Hamzah memerintahkan Nasaruddin membayar denda sejumlah RM28,000.00, gagal bayar 12 bulan penjara. Nasaruddin membayar denda tersebut pada hari yang sama.
Pegawai Pendakwa SSM, Mohd Zulkhairi Kamaruzaman hadir menjalankan pendakwaan bagi pihak Pendakwa Raya manakala Nasaruddin diwakili peguam, Luqman Mazlan dari Tetuan Samsuddin & Co.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH : 20 OGOS 2014