TAGLINE

TAGLINE

Friday, August 15, 2014

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (‘SSM’) MEMPEROLEHI SABITAN TERHADAP SYARIKAT DAN PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT TALAM RAHMAT SDN. BHD. (304551-K) BAGI KESALAHAN KETIDAKPATUHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

ISNIN 04 OGOS 2014 - Syarikat dan pengarah-pengarah syarikat Talam Rahmat Sdn. Bhd. iaitu Halijah Binti Kadir dan Syed Yasin Bin Tuan Pandak telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Kemaman pada hari ini bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah Seksyen 370(1) dibaca bersama Seksyen 165(7) Akta Syarikat 1965 bagi kesalahan berterusan gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan syarikat tersebut bagi tahun 2008 dan 2009 kepada Pendaftar Syarikat selepas syarikat dan pengarah-pengarahnya dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 165(7) Akta Syarikat 1965 pada 02 September 2013.

Hakim Mahkamah Sesyen Kemaman, Puan Rofiah Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman denda seperti berikut:
Bil.
Nama Pengarah / Syarikat
Hukuman

1.
Halijah Binti Kadir    
S.370(1) & 165(7) –

•    Pertuduhan pertama - denda RM50.00 sehari x 31 hari = RM1,550.00
•    Pertuduhan kedua - denda RM50.00 sehari x 31 hari = RM1,550.00
2.
Syed Yasin Bin Tuan Pandak
  S.370(1) & 165(7) –

•    Pertuduhan pertama - denda RM50.00 sehari x 31 hari = RM,1550.00
•    Pertuduhan kedua - denda RM50.00 sehari x 31 hari = RM1,550.00
3.           
Talam Rahmat Sdn. Bhd.
  S.370(1) & 165(7) –

•    Pertuduhan pertama - denda RM50.00 sehari x 31 hari = RM1,550.00
•    Pertuduhan kedua - denda RM50.00 sehari x 31 hari = RM1,550.00 

                       

           
Syarikat dan kedua-dua pengarah diwakili pengarah syarikat Syed Yasin Bin Tuan Pandak manakala pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) Encik Mohd Fauzi Bin Awang.

Sewaktu mitigasi hukuman, wakil syarikat dan pengarah-pengarah telah merayu kepada Mahkamah agar syarikat dan kedua-dua pengarah dikenakan hukuman denda yang minimum kerana  faktor-faktor seperti syarikat tidak aktif dan bercadang untuk membuat permohonan penutupan syarikat.

Oleh kerana syarikat masih gagal menyerahsimpan penyata-penyata tahunan tersebut, notis penalti ingkar kali dikeluarkan SSM Terengganu selepas hukuman dijatuhkan bertujuan memastikan syarikat tersebut  menyerahsimpan Penyata Tahunan 2008 & 2009 dalam tempoh 30 hari dari tarikh jatuh hukum.

Kegagalan mematuhi kehendak asas Akta Syarikat 1965 adalah satu perlanggaran undang-undang yang dipandang serius oleh SSM. Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh SSM ini diharapkan dapat memberi peringatan kepada syarikat dan pegawai-pegawai syarikat agar sentiasa mematuhi Akta Syarikat 1965.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

TARIKH : 04 OGOS 2014