Assalamualaikum,
Sy ingin bertanyakan mengenai
1. Proses memansuhan/pengurangan kompaun Syarikat
2. Proses membatalkan Syarikat/mengeluarkan nama Pengarah
Situasinya begini dimana rakan sy telah membuat
sebuah Syarikat sdn bhd bersama dua rakan niaga dia yg lain pada tahun 20120.
Sejak dari tahun tersebut tiada aktiviti perniagaan telah berlaku dlm erti kata
lain Syarikat tersebut berstatus dormant dan juga tiada mempunyai sebarang aset
Baru - baru ini rakan sy yg merupakan salah seorng ahli Pengarah
Syarikat tersebut di arahkan oleh HR tempat beliau bekerja sekarang utk
mengeluarkan nama beliau drp Syarikat tersebut. sekiranya gagal beliau
dikehendaki berhenti kerja.
Beliau telah ke SSM dan setelah semakan dilakukan,
beliau telah dikenakan kompaun sebyk RM4,400.00 atas kesalahan dibawah akta Syarikat
1965 - Seksyen 143(1), 165(4) dan 169(1)
Pihak SSM menyarankan agar menulis surat utk
pengurangan kompaun kepada SSM dan surat tersebut telah pun di tulis. Mungkin
pengurangan kompaun tersebut dapat pertimbangan, yg cuma menjadi kerisauan
sekarang adalah apakah prosesnya utk mengeluarkan nama beliau daripada Syarikat
tersebut. Apa yg saya faham, utk berbuat demikian beliau perlukan persetujuan,
tandatangan dan kehadiran ahli Pengarah yg lain ketika mengisi borang
pengeluaran nama sebagai ahli Pengarah Syarikat. masalahnya skrg, dua ahli Pengarah
yg lain tidak dpt dijejaki atau dihubungi sejak tahun 2011 malah belaiu juga
tidak ingat lagi company secretary mereka. Jadi, bagaimanakah caranya utk
menyelesaikan permasalahan ini
Sy berharap pihak tuan boleh memberikan penjelasan
kepada perkara di atas agar sy dpt membantu kawan sy ini.
Sekian
Terima Kasih
Jawapan:
Assalammualaikum Tuan,
Berikut merupakan penjelasan kami berhubung
soalan yang Tuan ajukan.
1.
PROSEDUR
PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGARAH SYARIKAT
Secara
asasnya, Pengarah yang ingin meletak jawatan perlu memaklumkan perkara tersebut
kepada pihak Setiausaha Syarikat agar mereka dapat menyediakan segala dokumen
yang berkaitan iaitu Resolusi Pengarah, Surat Perletakan Jawatan Pengarah dan
Borang 49. Untuk makluman Tuan, setelah dokumen lengkap ditandatangani oleh
pihak Ahli Lembaga Pengarah, maka pihak Setiausaha Syarikat akan menyerahsimpan
dokumen ini kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk didaftarkan.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Ahli Lembaga Pengarah
dan Setiausaha Syarikat tidak dpt dijejaki atau dihubungi?
Untuk
makluman Tuan, maklumat tersebut boleh didapati di mana-mana cawangan SSM.
Untuk mendapatkan maklumat tersebut, Tuan perlu membeli dokumen berikut di
kaunter SSM:-
(a) Carian Maklumat Syarikat
(b)
Borang 49 terkini
Kebiasaannya,
pada muka surat akhir Borang 49, ada dinyatakan nama, alamat dan nombor telefon
pihak Setiausaha Syarikat tersebut.
2.
PROSEDUR
PEMANSUHAN / PENGURANGAN KOMPAUN SYARIKAT
Untuk
makluman Tuan, setiap tahun Syarikat dikehendaki untuk:-
(a)
Mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunan (S143)
(b)
Membentangkan Penyata
Kewangan Beraudit (S169)
(c) Menyerahsimpan Penyata
Kewangan bersama-sama Penyata Tahunan kepada pihak SSM dalam tempoh yang
ditetapkan. (S165)
Sekiranya
gagal mematuhi perkara 2(a) – (c), maka kompaun akan dikenakan kepada Syarikat
dan setiap Ahli Lembaga Pengarah.
Sementara
itu, Pengarah yang telah menerima kompaun daripada pihak SSM boleh mengemukakan
surat rayuan kepada pihak SSM dengan syarat pihak Syarikat akan mengemaskini/menyerahsimpan
perkara 2(b) & (c) dengan kadar segera.
Kadar
pengurangan kompaun pula adalah tertakluk kepada budibicara pihak SSM.
3. PROSEDUR MEMBATALKAN SYARIKAT
Sekiranya Syarikat Tuan tidak aktif, tidak beroperasi
dan tidak berupaya meneruskan perniagaan pada masa akan datang, maka pihak Syarikat
dinasihatkan untuk membuat permohonan Pembatalan Nama Syarikat atau lebih
dikenali sebagai Penutupan Syarikat di bawah Seksyen 308(1) Akta Syarikat 1965.
Antara syarat2 yang perlu
dipatuhi adalah seperti berikut:-
(a)
Syarikat
itu tidak berniat untuk menjalankan perniagaan pada masa hadapan
(b)
Syarikat
itu tidak mempunyai aset atau harta
(c)
Syarikat
itu tidak mempunyai hutang yang perlu dibayar
(d)
Syarikat
itu bukan Syarikat penjamin atau anak Syarikat lain
(e)
Syarikat
itu tidak berfungsi lagi, mungkin tanpa pegawai yang boleh dihubungi
Proses penutupan Syarikat
ini kebiasaannya mengambil tempoh selama 6
hingga 12 bulan bergantung kepada budi bicara pihak SSM. Sesebuah Syarikat
yang telah dibatalkan dari Daftar disifatkan telah dibubarkan setelah notis
pembatalan nama dikeluarkan dalam Warta Kerajaan. Oleh yang demikian, pihak Syarikat
dan pihak Pengarah boleh memilih untuk menutup Syarikat di bawah Seksyen ini.
Pihak Tuan boleh melantik pihak lain sekiranya pihak Syarikat tidak mahu
menggunakan khidmat Setiausaha Syarikat Tuan.
Untuk makluman Tuan, pihak
yang terlibat di dalam proses penutupan Syarikat adalah:-
(a)
Pengarah
(b)
Pemegang
Saham
(c)
Setiausaha
Syarikat
(d)
Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
MAKLUMAT TERKINI
Sementara itu, baru-baru ini
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan mengumumkan bahawa berkuatkuasa
mulai 1 April 2015 hingga 30 September
2015, insentif Penutupan Syarikat di bawah Seksyen 308 Akta Syarikat 1965 telah
diperkenalkan dimana insentif ini terhad kepada:-
·
semua
Syarikat-Syarikat dorman atau tidak aktif
·
diperbadankan
pada tahun 2010 hingga tahun 2014
Antara
kebaikan insentif ini adalah seperti berikut:-
(a)
Membantu Syarikat-Syarikat
tidak aktif atau dorman menutup Syarikat dengan mudah, cepat serta dengan kos
yang rendah;
(b) Mengurangkan kos operasi
dan pematuhan Syarikat seperti kos perlantikan Juruaudit & Setiausaha Syarikat;
(c) Menggalakkan penutupan Syarikat
dorman atau tidak aktif bagi mengelakkan Syarikat-Syarikat tersebut daripada
disalah guna bagi tujuan menyalahi undang-undang seperti aktiviti pengubahan
wang haram (money laundering) dan aktiviti penipuan; dan
(d)
Bagi memastikan senarai Syarikat
yang berdaftar di SSM mengandungi maklumat berkaitan Syarikat-Syarikat yang
aktif sahaja iaitu Syarikat yang masih menjalankan aktiviti perniagaan.
Di
dalam tempoh Insentif ini juga, pihak Syarikat yang membuat permohonan untuk
menutup Syarikat akan menikmati insentif tambahan iaitu SSM akan mengenakan kadar
‘flat rate’ untuk setiap satu surat kompaun yang tertangguh seperti berikut:
- Syarikat
: RM100.00
- Pengarah
Syarikat : RM100.00 setiap Pengarah Syarikat
Bagi
menikmati Insentif ini, Syarikat dan /atau Pengarah-Pengarah Syarikat boleh
hadir di mana-mana kaunter SSM di seluruh Negara bagi membuat permohonan
penutupan Syarikat di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965.
Diharap
penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.
Sekian,
harap maklum.