TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 25, 2015

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) MENDAKWA AHLI PERNIAGAAN BAGI KESALAHAN DI BAWAH AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

Seorang ahli perniagaan Liaw Swee Yow, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (‘APP 1956’). Liaw Swee Yow telah didakwa membuat pernyataan palsu berkenaan butir material di dalam Borang A berkenaan pendaftaran Zulkhairi bin Osman sebagai pemilik Bomziet Internet CafĂ© (002047876-D).
Sabit kesalahan di bawah seksyen 12(1)(d) APP 1956 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. 
Tertuduh yang diwakili peguam Encik L.E.Lim, membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan. Majistret Puan Zura Syazween binti Hamizan menetapkan 9 Februari 2015 untuk sebutan semula. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Puan Lidia Fyrulliza Ishak.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
BERTARIKH : 8 JANUARI 2014