TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 25, 2015

SSM MEMPEROLEHI SABITAN TERHADAP SYARIKAT DAN PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT SEIE ENGINEERING SDN. BHD. (247174-D) BAGI KESALAHAN KETIDAKPATUHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

Syarikat dan pengarah-pengarah syarikat SEIE Engineering Sdn. Bhd. iaitu Shahabudin Bin Maideen dan Zafirul Bin Shahabudin telah mengaku salah di Mahkamah  Kemaman pada hari ini bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965 bagi tahun takwim 2012, 2013 & 2014.
Hakim Puan Rofiah Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman denda seperti berikut:
1.Shahabudin Bin MaideenS.165(4) – 
•    Pertuduhan pertama denda RM1,500.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara
•    Pertuduhan kedua denda RM1,500.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara
•    Pertuduhan ketiga denda RM1,500.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara
2.Zafirul Bin ShahabudinS.165(4) – 
•    Pertuduhan pertama denda RM1,500.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara
•    Pertuduhan kedua denda RM1,500.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara
•    Pertuduhan ketiga denda RM1,500.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara
3.SEIE Engineering Sdn. Bhd.S.165(4) – 
•    Pertuduhan pertama denda RM1,500.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara
•    Pertuduhan kedua denda RM1,500.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara
•    Pertuduhan ketiga denda RM1,500.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara
Syarikat dan pengarah-pengarah diwakili pegawai syarikat iaitu Azizi Bin Othman manakala pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) Mohd Fauzi Bin Awang.
Sewaktu mitigasi hukuman, wakil kepada syarikat & pengarah telah merayu kepada Mahkamah agar syarikat dan kedua-dua pengarah dikenakan hukuman denda yang minimum kerana  faktor-faktor seperti syarikat sedang berusaha untuk menyerahsimpan Penyata Tahunan bagi tahun yang dituduh walaupun melewati tempoh diberikan.
Oleh kerana syarikat masih gagal serahsimpan penyata tahunan bagi tahun yang dituduh, satu notis penalti ingkar dikeluarkan SSM Terengganu selepas hukuman dijatuhkan bertujuan memastikan syarikat tersebut  menyerahsimpan Penyata Tahunan 2012, 2013 & 2014 dalam tempoh 30 hari dari tarikh jatuh hukum.
Kegagalan mematuhi kehendak asas Akta Syarikat 1965 adalah satu perlanggaran undang-undang yang dipandang serius oleh SSM. Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh SSM ini diharapkan dapat memberi peringatan kepada syarikat dan pegawai-pegawai syarikat agar sentiasa mematuhi Akta Syarikat 1965.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) TERENGGANU
TARIKH : 01 JUN 2015