TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 25, 2015

SSM MEMPEROLEHI SABITAN TERHADAP SYARIKAT DAN PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT BINTANG TIMOR & UTARA SDN. BHD. (57136-M) BAGI KESALAHAN KETIDAKPATUHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

Syarikat dan pengarah-pengarah syarikat Bintang Timor & Utara Sdn. Bhd, Abdul Razak Bin Nuruddin dan Aziah Binti Ibrahim telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada hari ini bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah Seksyen 370(1) dibaca bersama Seksyen 165(7) Akta Syarikat 1965 bagi kesalahan berterusan gagal menyerahsimpan Penyata Tahunan syarikat tersebut bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 kepada Pendaftar Syarikat, setelah syarikat dan pengarah-pengarahnya dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 165(7) Akta Syarikat 1965 pada 21 Ogos 2013.
Untuk rekod, pada 02 dan 29 April 2014, syarikat dan pengarah-pengarah syarikat pernah disabitkan kesalahan penalti ingkar di bawah Seksyen 370(1) Akta Syarikat 1965 buat kali pertama di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dengan denda berjumlah RM14,400.00.
Bagi kesalahan penalti ingkar kali kedua ini, Majistret Puan Rozianti Md Hanaphi telah menjatuhkan hukuman denda seperti berikut:
Bil.OKSHukuman
1.Abdul Razak Bin Nuruddin
Pertuduhan Pertama
Denda RM50.00 sehari x 91 hari = RM4550.00 @ 1 Bulan Penjara
Pertuduhan Kedua     
Denda RM50.00 sehari x 91 hari = RM4550.00 @ 1 Bulan Penjara
Pertuduhan Ketiga    
Denda RM50.00 sehari x 91 hari = RM4550.00 @ 1 Bulan Penjara
2.Aziah binti Ibrahim
Pertuduhan Pertama
Denda RM50.00 sehari x 91 hari = RM4550.00 @ 1 Bulan Penjara
Pertuduhan Kedua     
Denda RM50.00 sehari x 91 hari = RM4550.00 @ 1 Bulan Penjara
Pertuduhan Ketiga    
Denda RM50.00 sehari x 91 hari = RM4550.00 @ 1 Bulan Penjara
3.Bintang Timor & Utara Sdn. Bhd.
Pertuduhan Pertama    
Denda RM50.00 sehari x 91 hari = RM4550.00
Pertuduhan Kedua     
Denda RM50.00 sehari x 91 hari = RM4550.00
Pertuduhan Ketiga    
Denda RM50.00 sehari x 91 hari = RM4550.00
Dalam mitigasi hukuman, pengarah-pengarah syarikat telah merayu kepada Mahkamah agar dikenakan hukuman denda yang minimum kerana syarikat sedang berusaha untuk menyerahsimpan penyata tahunan tersebut.
Pendakwaan dijalankan oleh Encik Adnan Haji Omar, pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’).
Kegagalan mematuhi kehendak asas Akta Syarikat 1965 adalah satu perlanggaran undang-undang yang dipandang serius oleh SSM. Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh SSM ini diharap dapat memberi peringatan kepada syarikat dan pegawai-pegawai syarikat agar sentiasa mematuhi Akta Syarikat 1965.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) TERENGGANU
TARIKH : 03 JUN 2015