TAGLINE

TAGLINE

Syarikat



Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 iaitu Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) atau Syarikat Berhad (Bhd.)
Bagi Syarikat Sdn. Bhd. Akta Syarikat telah menetapkan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menaja iaitu proses dalam menubuhkan Syarikat Sdn. Bhd. Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.
Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri. Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Bersifat kekal abadi. Bagi pembubaran hanya boleh dibubarkan melalui Sukerela (Persetujuan Bersama) dan Tindakan Mahkamah.

Organisasi Syarikat

Seperti termaktub didalam Akta Syarikat 1965, setiap Syarikat Sdn. Bhd. mestilah mempunyai Ahli Lembaga Pengarah, Juruaudit Syarikat dan Setiausaha Syarikat.


Kuasa Lembaga Pengarah

Pemegang Saham Syarikat akan melantik Para Pengarah dalam melaksanakan Objektif dan Arah-tuju Syarikat. Oleh yang demikian, didalam pengurusan Syarikat, pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah Lembaga Pengarah (Board of Directors). Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang dipersetujui bersama dalam mengurus dan mentadbir Syarikat dengan sebaik mungkin dan berlunaskan Undang-undang yang telah ditetapkan.


Terhad

Sifat kelebihan dan utama mengapa ramai yang memilih entiti perniagaan Sdn. Bhd. adalah Konsep Liabiliti Terhad. Para Pemegang Saham tidak akan menanggung liabiliti Syarikat sekiranya Syarikat dikenakan tindakan undang-undang mahupun pembubaran Syarikat. Bagi saham Syarikat yang telah dilanggan penuh, maka liabiliti hanya terhad kepada jumlah saham yang dipegang dan dibayar sahaja.


Dokumen Berkanun

Syarikat mestilah mempunyai dokumen berkanun yang wajib disimpan seperti berikut, Buku Daftar Pemegang Saham, Buku Daftar Pengarah, Pengurus, Setiausaha dan Cagaran, Buku Minit Mesyuarat, Cop Mohor, Buku Sijil Saham. Pada kebiasaanya pihak Setiausaha Syarikat akan menyimpan dan mengawal selia dokumen-dokumen tersebut selaras dengan peranan dan tanggungjawab Setiausaha Syarikat.


Proses Penubuhan Syarikat

* Kelulusan Nama Syarikat yang dicadangkan perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum proses lain dijalankan dalam tempoh 1 Hari.

* Selepas kelulusan nama diperolehi dari pihak SSM, dalam tempoh 3 bulan, pendaftar syarikat perlu menyerahkan dokumen pra-penubuhan syarikat kepada
  pihak SSM.

* Kesemua borang dan dokumen yang berkaitan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan dimeterai dengan Duti Setem. Pada peringkat ini juga yuran
  pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan ia diproses.

* Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan. Kebiasaannya
   proses ini mengambil masa lebih kurang 1 Hari.


* Kemudian, beberapa dokumen perlu diserah simpan kepada pihak SSM oleh pendaftar syarikat



Maklumat tambahan mengenai syarikat :-

PENJELASAN PROSES PENUBUHAN SYARIKAT

DOKUMEN SIMPANAN PENUBUHAN SYARIKAT

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SYARIKAT

AKTA, HAK DAN TANGGUNJAWAB SYARIKAT

PERBEZAAN MILIKAN TUNGGAL, PERKONGSIAN DAN SYARIKAT