TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, September 24, 2014

Aimcloud tawarkan perisian perakaunan

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Syarikat milik bumiputera, Aimcloud Sdn. Bhd. (Aimcloud) memperkenalkan perisian perakaunan yang memudahkan peniaga-peniaga kecil menguruskan aliran kewangan perniagaan.
Perisian itu dinamakan sebagai CountOnMe yang menyediakan perkhidmatan perakaunan mudah seperti catatan nilai jualan dan kos harian, imbangan akaun dan mencetak laporan kewangan.

Pengarah Urusan Aimcloud, Azrul Zafri Azmi berkata, pihaknya menyasarkan pengguna-pengguna aplikasi itu daripada kumpulan perniagaan mikro iaitu pendapatan tahunan kurang daripada RM300,000.

Katanya, sasaran itu dibuat kerana kumpulan perniagaan tersebut pada kebiasaannya tidak memiliki kemahiran perakaunan atau tidak mengupah akauntan untuk menguruskan aliran kewangan syarikat masing-masing.

Tambahnya, untuk menggunakan perisian itu, pengguna perlu mendaftar melalui laman web www.countonme.com.my dan digunakan secara dalam talian.

"Perisian ini dibangunkan oleh Aimcloud yang dibarisi oleh ahli-ahli profesional dalam bidang kejuruteraan perisian, akauntan bertauliah dan pemasaran," katanya semasa majlis pengenalan CountOnMe di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB), Senator Tan Sri Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Pengerusi Eksekutif Aimcloud, Datuk Azmi Abdul Malik.

Selepas mendaftar, pengguna diberikan penggunaan percuma untuk tempoh selama 30 hari dan untuk bulan berikutnya, pengguna perlu membayar dengan harga serendah RM49.90 sebulan.

Sumber:  http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140925/ko_05/Aimcloud-tawarkan-perisian-perakaunan