TAGLINE

TAGLINE

Sunday, September 28, 2014

Malaysia mampu tingkat status mudah menjalankan perniagaan

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Hanim Samuri berkata, Malaysia mampu mara atau mengekalkan kedudukan di tangga keenam sebagai negara paling mudah untuk menjalankan perniagaan berdasarkan Laporan Menjalankan Perniagaan 2014 Bank Dunia.

Prestasi baik Malaysia boleh dikekal atau ditingkatkan melalui inisiatif seperti pelaksanaan amalan terbaik dari negara maju terpilih, mengurangkan birokrasi dan menurunkan indeks rasuah.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Cakna Produktiviti 2014 di sini, hari ini.
Menurut Hanim, Malaysia yang kini berada di tangga ke-6 di belakang Denmark di tangga ke-5 dan Amerika Syarikat di tangga ke-4, harus berani membawa perubahan positif.