TAGLINE

TAGLINE

Sunday, November 9, 2014

INSENTIF KOMPAUN 80% BAGI KESALAHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

Jumaat, 24 Oktober 2014 – Semua notis kompaun yang ditawarkan kepada syarikat dan pengarah-pengarahnya akan diberikan pengurangan sebanyak 80% daripada amaun asal kompaun tersebut.

Tempoh insentif pengurangan kompaun 2014 ini berkuatkuasa mulai 1 November 2014 hingga 31 Disember 2014.

Pengumuman insentif ini dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato’ Sri Hasan Bin Malek yang bertujuan untuk membantu dan mengurangkan kos pematuhan syarikat dan pengarah syarikat tersebut.

Dengan adanya insentif ini, adalah diharapkan dapat meningkatkan tahap pematuhan serta membudayakan tadbir urus korporat yang tinggi.

Bagi menikmati insentif ini, syarikat dan pengarahnya bolehlah hadir di mana-mana kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan membawa salinan notis kompaun. Kompaun tersebut akan dikurangkan secara automatik tanpa perlu mengemukakan sebarang rayuan.

Pengumuman ini terhad kepada notis kompaun yang tertunggak di bawah Akta Syarikat 1965 yang ditawarkan dari tahun 2013 dan ke bawah.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
24 OKTOBER 2014