
Dato’ Wong didakwa kerana telah memberi kuasa kepada syarikat Premier Corporate Services Sdn Bhd untuk membuat pernyataan palsu berkenaan butir material di dalam Borang 49 bertarikh 28 Disember 2006 yang telah diserahsimpan kepada SSM untuk tujuan perletakan jawatan Azrul Hardav Bin Abdullah dan Hardev Singh a/l Lall Singh sebagai pengarah syarikat Jendela Gemilang Sdn Bhd.
Kesalahan di bawah Seksyen 364(2) AS 1965 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa SSM, Mohamad Azies Han Bin Mohd Fadzil menjalankan pendakwaan bagi pihak Pendakwa Raya manakala Dato’ Wong diwakili oleh Mohd Haijan Omar.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH : 3 NOVEMBER 2014
BERTARIKH : 3 NOVEMBER 2014