Timbalan Menteri Ke­wangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, jumlah itu jauh daripada ramalan kerajaan yang sebelum ini menetapkan sebanyak 240,000 buah syarikat yang akan mendaftar sehingga 31 Disember lalu.
Jelasnya, sektor yang paling banyak mendaftar GST dengan JKDM adalah pemborongan dan peruncitan diikuti hartanah dan pembi­naan serta sektor pembuatan.

“Setakat ini, sebanyak 123,000 syarikat pemborongan dan peruncitan mendaftar GST dan jumlah itu dijangka terus meningkat sepanjang tahun ini,” katanya selepas menghadiri majlis bimbingan GST untuk sektor peruncitan anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad.

Tee Yong menambah, program bimbingan GST anjuran JKDM akan dijalankan sepanjang ta­hun ini dan setakat ini, 23,000 buah syarikat sudah mengikuti bimbingan tersebut.

Jelasnya, kerajaan menya­sarkan kesemua syarikat yang berdaftar akan mengikuti bimbingan berkenaan walaupun selepas tarikh pelaksanaan GST, 1 April ini.

Beliau memberitahu, bimbingan dari JKDM itu penting bagi membantu syarikat-syarikat mengenai penyimpanan rekod dan lebih jelas dengan pelaksanaan sistem cukai baharu itu.