TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 25, 2015

AHLI PERNIAGAAN HADAPI PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 364(2) AKTA SYARIKAT 1965 ATAS KESALAHAN MEMBERI PERNYATAAN PALSU KEPADA SSM

Ahli perniagaan, Lai Kim Seng (No K/P: 590828-10-6693) telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 3 Melaka hari ini atas tuduhan membuat pernyataan palsu di dalam dokumen yang perlu diserahsimpan ke SSM.
 
Menurut pertuduhan, tertuduh dipercayai telah memalsukan maklumat perlantikan Hairul Ezuan bin Ibrahim dan Aziz Bin Ali sebagai pengarah syarikat Ribu Lambang Sdn Bhd (No. pendaftaran: 884729-P) di dalam Borang 49 bertarikh 16 April 2010. Siasatan mendapati bahawa kedua-dua Hairul dan Aziz tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai pelantikan diri mereka ke dalam syarikat berkenaan.
Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 364(2) AS 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM250,000.00 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Beliau mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan dan minta dibicarakan. Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Amran Bin Jantan membenarkan tertuduh di ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
  
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Cik Liyana Amira Binti Kamaludin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Kes telah ditetapkan untuk sebutan pada 27 Februari 2015.
 
DIKELUARKAN OLEH  :    SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH                 :    28 JANUARI 2015