TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 25, 2015

BEKAS SETIAUSAHA SYARIKAT ARMAS MEDINA SDN BHD DISABITKAN DENGAN KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 364(2) AKTA SYARIKAT 1965

Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Puan Azura Binti Alwi hari ini telah mensabitkan bekas setiausaha syarikat Armas Medina Sdn Bhd, Khaeromze Bin Ahmad, atas tuduhan di bawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965. Khaeromze Bin Ahmad telah dikenakan denda keseluruhan sebanyak RM210,000 sekiranya ingkar 12 bulan penjara.
Pertuduhan ke atas Khaeromze Bin Ahmad berkenaan membuat pernyataan palsu dalam Borang 49 dan dua Borang 32A pada 21 Mac 2013, dan merupakan satu kesalahan  di bawah Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965.
Pernyataan palsu tersebut ialah berkaitan perletakan jawatan pengarah-pengarah syarikat  Armas Medina Sdn Bhd iaitu Marina Bakri, 44 dan Ruzahana Endot @ Mohd Endut, 44 dan pindah milik saham mereka kepada Noorlis Sawit dan tertuduh sendiri.
Kesalahan di bawah Seksyen 364(2) AS 1965 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM250,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Mohd Azies Han bin Mohd Fadzil menjalankan pendakwaan bagi pihak SSM manakala tertuduh diwakili oleh N. V Vinod.
DIKELUARKAN OLEH    :    SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
BERTARIKH                   :    4 FEBRUARI 2015