Syarikat dan pengarah-pengarah syarikat Waramas Supply & Services Sdn. Bhd. iaitu Wan Ahmad Saufi Wan Abdul Razak dan Wan Ahmad Muhaimin Wan Abdul Razak telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Kemaman pada hari ini bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965 bagi tahun takwim 2010, 2011 & 2012.
Hakim Mahkamah Kemaman, Puan Rofiah Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman denda seperti berikut:
Bil. | Nama Pengarah / Syarikat | Hukuman |
1. | Wan Ahmad Saufi Wan Abdul Razak |
S.165(4) –
• denda RM1,000.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan |
2. | Wan Ahmad Muhaimin Wan Abdul Razak | S.165(4) – • denda RM1,000.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan |
3. | Waramas Supply & Services Sdn. Bhd. | S.165(4) – • denda RM1,000.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara bagi setiap pertuduhan |
Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Encik Mohd Fauzi Bin Awang manakala syarikat dan pengarah-pengarah syarikat diwakili oleh wakil syarikat.
Sewaktu mitigasi hukuman, wakil syarikat telah merayu kepada Mahkamah agar syarikat dan pengarah-pengarah syarikat dikenakan hukuman denda yang minimum kerana faktor-faktor seperti syarikat sedang berusaha untuk menyerahsimpan Penyata Tahunan bagi tahun yang dituduh walaupun melewati tempoh diberikan.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 19 JANUARI 2015
TARIKH : 19 JANUARI 2015