TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 25, 2015

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (‘SSM’) MEMPEROLEHI SABITAN TERHADAP SYARIKAT DAN PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT KALONG ENGINEERING & SERVICES SDN. BHD. (847260-A) BAGI KESALAHAN KETIDAKPATUHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

Syarikat dan pengarah-pengarah syarikat Kalong Engineering & Services Sdn. Bhd. iaitu Kamaruddin Bin Manan dan Hafiz Bin Mohd Nor telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Kemaman pada hari ini bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965 bagi tahun takwim 2013.
Hakim Mahkamah Kemaman, Puan Rofiah Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman denda seperti berikut:
Bil.Nama Pengarah / SyarikatHukuman
1.Kamaruddin Bin MananS.165(4) – 
•    denda RM1,500.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara
2.Hafiz Bin Mohd NorS.165(4) – 
•    denda RM1,500.00 sekiranya ingkar 6 bulan penjara 
3.Kalong Engineering & Services Sdn. Bhd.S.165(4) – 
•    denda RM1,800.00 
Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) Encik Mohd Fauzi Bin Awang manakala syarikat dan pengarah-pengarah syarikat diwakili oleh Kamaruddin Bin Manan.
Sewaktu mitigasi hukuman, Kamaruddin Bin Manan telah merayu kepada Mahkamah agar syarikat dan pengarah-pengarah dikenakan hukuman denda yang minimum atas alasan antaranya ialah syarikat telah menyerahsimpan Penyata Tahunan bagi tahun yang dituduh walaupun melewati tempoh diberikan.
Kegagalan mematuhi kehendak asas Akta Syarikat 1965 adalah satu perlanggaran undang-undang yang dipandang serius oleh SSM. Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh SSM ini diharapkan dapat memberi peringatan kepada syarikat dan pengarah-pengarah syarikat agar sentiasa mematuhi Akta Syarikat 1965.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH : 02 MAC 2015