TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 25, 2015

PEMILIK FIRMA PENGURUSAN PERNIAGAAN DIDAKWA KERANA BERI MAKLUMAT PALSU KEPADA SSM

Seorang pemilik perniagaan Professional Management Consultant, Tee Chuan Chai, 46 tahun, dan pekerja PKP Business Management, Er Sing Loong, 48 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana dikatakan telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (‘APP 1956’).
Pertuduhan yang dikenakan terhadap Tee Chuan Chai adalah berkaitan dengan serahsimpan maklumat palsu kepada Pendaftar Perniagaan, SSM di dalam Borang-Borang A bagi 11 perniagaan yang berlainan untuk didaftarkan di SSM dan Er Sing Loong pula dituduh telah bersubahat dengan Tee Chuan Chai semasa melakukan kesalahan tersebut.
Kesalahan di bawah seksyen 12(1)(d) APP 1956 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Zulqarnain Hassan telah menetapkan sebutan semula kes  pada 1 dan 2 Oktober 2015.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Najia Abdul Razak dan Tengku Nor Zurairah Tengku Abdul Aziz, pegawai-pegawai pendakwa SSM dari Ibu Pejabat manakala Tee Chuan Chai dan Er Sing Loong tidak diwakili oleh mana-mana peguam.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
18 SEPTEMBER 2015