TAGLINE

TAGLINE

Wednesday, November 25, 2015

SSM MEMPEROLEHI SABITAN TERHADAP SYARIKAT DAN PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT CANTUMAN ANGGERIK SDN. BHD. (262820-W) BAGI KESALAHAN KETIDAKPATUHAN DI BAWAH AKTA SYARIKAT 1965

Syarikat dan pengarah-pengarah syarikat Cantuman Anggerik Sdn. Bhd. iaitu Asmalia Ayu Binti Ramli, Asmaliza Binti Ramli dan Asma Sahirah Binti Ramli telah mengaku salah di Mahkamah Majistret Kemaman pada hari ini bagi pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 165(4) Akta Syarikat 1965 bagi tahun takwim 2014.
Hakim Mahkamah Kemaman, Puan Rofiah Binti Mohamad telah menjatuhkan hukuman denda seperti berikut:
1.Asmalia Ayu Binti RamliS.165(4) – 
•    Pertuduhan pertama denda RM1,500.00 jika gagal bayar 4 bulan penjara
2.Asmaliza Binti RamliS.165(4) – 
•    Pertuduhan pertama denda RM1,500.00 jika gagal bayar 4 bulan penjara
3.Asma Sahirah Binti RamliS.165(4) – 
•    Pertuduhan pertama denda RM1,500.00 jika gagal bayar 4 bulan penjara
4.Cantuman Anggerik Sdn. Bhd.S.165(4) – 
•    Pertuduhan pertama denda RM1,500.00 jika gagal bayar 4 bulan penjara

Syarikat dan pengarah-pengarah diwakili pengarah syarikat Asmalia Ayu Binti Ramli manakala pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’) Encik Mohd Fauzi Bin Awang.
Sewaktu mitigasi hukuman, pengarah syarikat telah merayu kepada Mahkamah agar syarikat dan ketiga-tiga pengarah dikenakan hukuman denda yang minimum kerana  faktor-faktor seperti syarikat sedang berusaha untuk menyerahsimpan Penyata Tahunan bagi tahun yang dituduh walaupun melewati tempoh diberikan.
Oleh kerana syarikat masih gagal serahsimpan penyata tahunan bagi tahun yang dituduh, satu notis penalti ingkar dikeluarkan SSM Terengganu selepas hukuman dijatuhkan bertujuan mempastikan syarikat tersebut  menyerahsimpan Penyata Tahunan 2014 dalam tempoh 30 hari dari tarikh jatuh hukum.
Kegagalan mematuhi kehendak asas Akta Syarikat 1965 adalah satu perlanggaran undang-undang yang dipandang serius oleh SSM. Tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh SSM ini diharapkan dapat memberi peringatan kepada syarikat dan pegawai-pegawai syarikat agar sentiasa mematuhi Akta Syarikat 1965.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) TERENGGANU
TARIKH : 26 OKTOBER 2015