
Kes ini telah didengar di hadapan Hakim Mahkamah
Sesyen Najwa Binti Che Mat. Mohamad Radzi telah membuat pengakuan bersalah
selepas pertuduhan dibacakan. Ketika mitigasi, Mohamad Radzi, yang tidak
diwakili, telah memohon hukuman yang ringan dengan alasan dia tidak pernah
disabitkan bersalah atas kesalahan jenayah sebelum ini dan menanggung
perbelanjaan keluarganya.
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak
RM6,000 jika gagal bayar 4 bulan penjara. Denda telah dibayar oleh Mohamad
Radzi pada hari yang sama. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM
Najia Abdul Razak bagi pihak SSM.