
Menurut
kertas pertuduhan, Mohd Naim telah ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen
yang sama pada 18 November 2015 untuk dibacakan pertuduhan di bawah seksyen
364(2) Akta Syarikat 1965. Mohd Naim telah membuat pengakuan tidak bersalah dan
memohon untuk dibicarakan.
Hakim
Mahkamah Sesyen, Puan Najwa Che Mat telah mensabitkan Mohd Naim dengan
kesalahan seperti pertuduhan dan memerintahnya membayar denda sebanyak RM
15,000.00 atau penjara 5 bulan jika denda tidak dibayar. Sabitan dibuat
selepas Mohd Naim yang diwakili peguamnya Burhanudeen Ab Wahid menukar
pengakuan kepada bersalah pada 27 Oktober 2016. Denda telah dibayar oleh Mohd Naim
pada hari yang sama.
Pendakwaan
dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Mohd Zulkhairi Kamaruzaman dan Mohd
Fairuz Othman.
Sumber:
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Tarikh:
01.02.2017